Syiah Imam Dua Belas (Ithnā‘ashariyyah', Bahasa Arab:
اثنا عشرية) ialah cabang
terbesar Islam Syiah.
Ciri utama
Mazhab Syiah
Imam Dua Belas mempercayai bahwa Allah SWT telah pun
melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat.[1]
Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi
Muhammad SAW. Perlantikkan imam pertama, yaitu Imam Ali yang juga Kalifah keempat
golongan Muslim Sunni
di umumkan secara resmi pada peristiwa di Ghadir Khum
dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.
Mengikut Mazhab Syiah, Malaikat Jibrail membawa Ayat yang dinamakan Ayat Tabligh
atau Pengumuman yaitu Ayat 67 dari Surah 5 Al-Quran yang menyeru supaya pengistiharan dibuat.
Pengistiharan yang dimaksudkan, mengikut pandangan Syaih Imam Duabelas ialah
pengumuman resmi perlantikan Ali ibn Abi Talib a.s. sebagai Mawla selepas baginda. Penguguman tidak resmi
mengenai kedudukan Ali, dikatakan oleh golongan Syiah sentiasa dibuat sepanjang
hayat Rasulullah s.a.w. dan dilapurkan dalam hadith-hadith.
Pertikaian tentang maksud Mawla menyebabkan kepimpinan Ali a.s. tidak
diiktiraf oleh kesemua umat Islam ketika itu dan mengakibatkan perpecahan umat
Islam kepada puak Sunni dan Syiah.
Selepas Ali a.s., Syiah mempercayai bahwa Allah menghantar nas-nas yang menunjukkan siapakah Imam
seterusnya. Imam bukanlah pilihan peribadi tetapi melalui nas-nas Allah s.w.a.
Imam selepas Rasulullah s.a.w. hanya 12, bertepatan dengan Hadith Sunni maupun
Syiah yang mengatakan bahwa selepas Rasulullah, terdapat 12 orang Khalifah. Syiah
menganggap Imam dan Mawla adalah juga Khalifah yang sah (kerana di lantik oleh
Allah s.w.a. sendiri).
Imam kedua belas mereka ialah Imam Mahdi
yang dikatakan sudah lahir dan masih wujud dan akan muncul untuk melawan Dajjal sebelum Hari Kiamat.
Umat Islam yang mati tanpa mengetahui siapa Imam mereka dianggap mati seperti
di zaman Jahilliyah, menurut pandangan mazhab
Syiah.
Rujukan
1.
↑ Imam Muslim (diterjemahkan oleh Aftab
Shahryar) (2004). Sahih Muslim Abridged, Islamic Book Service. ISBN
81-7231-592-9.
- Tirmidhi hadith 6094
- Sahih Muslim hadith 5920
- al-Hakim's al-Mustadrak Jilid III m109
- al-Tafsir al-Kabir oleh Fakhr al-Din al-Razi Jilid XII p 50
- al-durr al-Manthur oleh al-Suyuti Jilid II m298
- al-Tarikh oleh al-Ya'qubi Jilid II m95
- al-Tafsir oleh al-Tha'labi m120
- Sawa'iq oleh Ibn Hajar' Bab 5.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar